..

Monday, 14 November 2011

Jika ia sebuah cinta..


Jika ia sebuah cinta ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.

Jika ia sebuah cinta ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.

Jika ia sebuah cinta ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.

Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.

Jika ia sebuah cinta ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.

Jika ia sebuah cinta ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.

Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.

Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.

Jika ia sebuah cinta ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.


 Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yangg tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan… Dimana dia datang dari lubuk hati yang paling dalam…