..

Tuesday, 23 July 2013

Hadiah untuk kekasih

Ku hadiah kitab cinta agung sebagai luahan kasih hatiku untuk menjaga mu. 
Ku hamparkan sejadah cinta agar terbina jambatan kasih buat kita di siratul mustaqim, 
Ku kalungkan seutas tasbih rindu dijemari mu agar kau sentiasa dilandasan Allah.
Tetapi andai di hujung jalan kau melihat aku seperti seseorang yang tiada nilainya sebagai seorang perempuan, dan dengan rasa hina engkau memandangku, aku berdoa agar aku kuat dan tabah menerima 'penghargaan istimewa' yang kau hadiahkan untuk ku di bulan mulia ini. Terima kasih..
~nurhaini falini ahmad~ 

Bersyukur kita menjadi WANITA



Bersyukurnya kita dilahirkan menjadi seorang wanita   
Mengapa seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah??
Ini kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam. Wanita Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita Islam solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam. Berbanggalah menjadi wanita Islam.. andai kita pernah terkulai layu ternoda dengan nikmat dunia yang fana.. cepatlah bangun dan sedar dari kesilapan. Jangan biarkan kelemahan kita menjadi penghalang untuk kita mendidik hati dan akhlak kita menjadi permata di Syurga Allah..
Jika semalam kita tidur, hari ini segeralah bangun.
Jika semalam kita pernah hanyut, hari ini carilah tempat berpaut,
Jika semalam kita berdosa, hari ini segeralah kita bertaubat
Mudah-mudahan di penghujung jalan nanti..
Allah sediakan taufiq, hidayah dan inayah untuk kita yang ingin kembali ke fitrahNYA...
Sesungguhnya kita yang memilih apa yang kita mahu..
Dan sesungguhnya kita juga yang memilih cara bagaimana kita akan pergi..
Dan kitalah jua yang memilih tempat mana yang akan kita tujui selepas kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini...
Terampunya dosa kerana adanya rahmat Allah untuk hambaNYA yang ingin bertaubat.. Sehina mana pun seorang wanita, walaupun pernah menjadi pelacur, jika dia memilih jalan yang benar di akhir jalannya.. InsyaAllah.. Syurga Allah akan ada untuknya..
Khas buat semua muslimah yang amat saya sayangi.. tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri..
Marilah kita sama-sama membantu untuk mendidik hati kita dan sama memburu darjat menjadi muslimah solehah yang selamat dunia dan akhirat...

" Kau tidak pernah meminta, tetapi aku tetap memberi.
Kemaafan hanya ada di dalam hati seorang yang ikhlas"




Ikhlas dari,
 Cik Nurhaini Falini Ahmad 

https://www.facebook.com/mizmyhani.hussin

Sunday, 17 March 2013

My Collection :Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada (Hilal Asyraf)


Assalammualaikum semua pembaca blog AMJ. Kali ni AMJ nak intoduce satu buku hasil tulisan Hilal Asyraf. Pada pendapat AMJ, buku ini sesuai buat semua kita semua. Kerana kita semua pendosa, yang tak lari dari melakukan dosa. Dan sampai bila kita ingin merindui dosa tanpa bertaubat. Buku ini memberi keyakinan bagi mereka yang malu dan was-was untuk bertaubat. Tak lupa juga bagi mereka yang kurang keyakinan untuk berubah menjadi lebih baik kerana bimbang dituduh hipokrit. Jom beli kat kedai buku. tak mahal, cuma RM18.00. Kalau ada voucher buku 1 Malaysia, boleh daapt free.. AMJ dah punya senaskah dan dah hadiahkan senaskah lagi buat yang tersayang sebagai tanda saling ingat mengingati.
Sinopsis :Dosa adalah ujian. 
Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian, Ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." Maksud dalam surah Az-Zumar, ayat 54.
Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Kepada yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan. 

MALAM CINTA RASUL 23 MAC 2013

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hadiah istimewa buat semua muslimin dan muslimat untuk mengisi kekosongan hati. Jom sama-sama memenuhi Dataran Merdeka pada 23 Mac 2013 untuk kita sama-sama merai Malam Cinta Rasul.

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidurrasul

Salam Maulidurrasul buat nabi  junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w . sempena hari yang mulia ini AMJ mengambil kesempatan untuk kita sama-sama berselawat ke atas Baginda  dan para sahabat.
Maulidurrasul tahun ini amat bermakna buat AMJ, mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan ku utk membuat sesuatu yg terbaik utk masa depanku. Semoga ALLAH mengyakinkan aku utk menjadikan dia imamku yg halal dunia dan akhirat.
Wahai calon imamku,Allah telah meyakinkan aku utk melamarmu sbg suami ku dunia dan akhirat.walupun aku bukan semulia Siti Khadijah r.a ,tetapi aku cuba menjadi isteri yang baik dan solehah utk mu wahai calon imam ku..Semoga Allah berkati hubungan kita dan mendapat redha Alah..amin

Wahai calon imamku...
Ku pinang mu dengan sehelai sejadah agar kau dpt menjadi imamku yg halal dunia dan akhirat dan dapat membimbingku ke jalan Allah..Mudah-mudahan kita diberi kesempatan utk bersolat jemaah bersama-sama.Dan aku bersedia menjadi makmum mu yg solehah dunia dan akhirat..
Inn sha Allah

Wednesday, 16 January 2013

Doa Untuk Si Gadis


Jangan bersedih wahai gadis-gadis muslimah..
Jika anda masih sendiri, yakinlah Allah sedang mempersiapkan kamu
dengan seseorang yang terbaik
untuk kamu..
Jagalah hubungan kamu dengan Allah,
inn sha Allah akan permudahkan dan memberkati doa kamu..
Banyak-banyakkan berdoa dan berzikir serta solat sunat..
Mohonlah petunjuk dari Allah.
" Seorang muslimah menyelesaikan masalahnya dengan doa "