Assalammualaikum semua pembaca blog AMJ. Kali ni AMJ nak intoduce satu buku hasil tulisan Hilal Asyraf. Pada pendapat AMJ, buku ini sesuai buat semua kita semua. Kerana kita semua pendosa, yang tak lari dari melakukan dosa. Dan sampai bila kita ingin merindui dosa tanpa bertaubat. Buku ini memberi keyakinan bagi mereka yang malu dan was-was untuk bertaubat. Tak lupa juga bagi mereka yang kurang keyakinan untuk berubah menjadi lebih baik kerana bimbang dituduh hipokrit. Jom beli kat kedai buku. tak mahal, cuma RM18.00. Kalau ada voucher buku 1 Malaysia, boleh daapt free.. AMJ dah punya senaskah dan dah hadiahkan senaskah lagi buat yang tersayang sebagai tanda saling ingat mengingati.
Sinopsis :Dosa adalah ujian.
Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian, Ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." Maksud dalam surah Az-Zumar, ayat 54.
Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Kepada yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan.