Ku hadiah kitab cinta agung sebagai luahan kasih hatiku untuk menjaga mu.
Ku hamparkan sejadah cinta agar terbina jambatan kasih buat kita di siratul mustaqim,
Ku kalungkan seutas tasbih rindu dijemari mu agar kau sentiasa dilandasan Allah..
Tetapi andai di hujung jalan kau melihat aku seperti seseorang yang tiada nilainya sebagai seorang perempuan, dan dengan rasa hina engkau memandangku, aku berdoa agar aku kuat dan tabah menerima 'penghargaan istimewa' yang kau hadiahkan untuk ku di bulan mulia ini. Terima kasih..
~nurhaini falini ahmad~
..
Tuesday, 23 July 2013
Bersyukur kita menjadi WANITA
Bersyukurnya kita dilahirkan menjadi seorang wanita
Mengapa seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah??
Ini kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam. Wanita Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita Islam solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam. Berbanggalah menjadi wanita Islam.. andai kita pernah terkulai layu ternoda dengan nikmat dunia yang fana.. cepatlah bangun dan sedar dari kesilapan. Jangan biarkan kelemahan kita menjadi penghalang untuk kita mendidik hati dan akhlak kita menjadi permata di Syurga Allah..
Jika semalam kita tidur, hari ini segeralah bangun.
Jika semalam kita pernah hanyut, hari ini carilah tempat berpaut,
Jika semalam kita berdosa, hari ini segeralah kita bertaubat
Mudah-mudahan di penghujung jalan nanti..
Allah sediakan taufiq, hidayah dan inayah untuk kita yang ingin kembali ke fitrahNYA...
Sesungguhnya kita yang memilih apa yang kita mahu..
Dan sesungguhnya kita juga yang memilih cara bagaimana kita akan pergi..
Dan kitalah jua yang memilih tempat mana yang akan kita tujui selepas kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini...
Terampunya dosa kerana adanya rahmat Allah untuk hambaNYA yang ingin bertaubat.. Sehina mana pun seorang wanita, walaupun pernah menjadi pelacur, jika dia memilih jalan yang benar di akhir jalannya.. InsyaAllah.. Syurga Allah akan ada untuknya..
Khas buat semua muslimah yang amat saya sayangi.. tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri..
Marilah kita sama-sama membantu untuk mendidik hati kita dan sama memburu darjat menjadi muslimah solehah yang selamat dunia dan akhirat...
" Kau tidak pernah meminta, tetapi aku tetap memberi.
Kemaafan hanya ada di dalam hati seorang yang ikhlas"
Cik Nurhaini Falini Ahmad
https://www.facebook.com/mizmyhani.hussin
Subscribe to:
Posts (Atom)