Semua orang dalam dunia ni ingin menjadi yang terbaik. Saban tahun bila masuk tahun baru semua orang pasang azam baru. Macam-macam azam kita niat, tapi terlaksanakah azam tersebut? Atau hanya tinggal azam.. atau pepatah Melayu ada umpamakan " hangat-hangat tahi ayam. "
Tetapi dalam kehidupan ni, kita harus berubah.. Berubah untuk menjadi lebih baik. Tetapi persoalannya, bersediakah kita untuk berubah?
Dalan al-quran kitab suci panutan umat Islam ada juga menyentuh perkara mengenai perubahan, iaitu di dalam potongan surah ar-Ra'd ayat 11 yang berbunyi
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "
Jadi jelaslah ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kita melainkan kita sendiri berkehendak untuk mengubahnya. Dan adalah lebih baik jika perubahan yang ingin kita lakukan itu adalah bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri, iaitu berubah menjadi lebih baik.
Berdasarkan potongan ayat dari surah Ar-Ra'd ini, ingin sekali saya mengupas tentang isu di mana kita sebagai manusia gemar menilai kelemahan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk mencari kelemahan diri kita. Adalah lebih baik kita menutup keaiban orang dari membukanya kerana, jangan lupa jika kita membuka aib orang, mungkin pada suatu hari nanti aib kita juga akan dibuka oleh orang lain. Tidak selamanya kita berada di atas, setiap perbuatan itu pasti ada balasan dan ganjaranya tidak kira baik atau buruk.
Dalam hadis riawayat at-Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani, ada menyebut bahawa " sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat."
Begitu indah Islam itu, dengan hanya menutup dan menyembunyi keaiban orang sahaja kita turut dipandang mulia oleh Allah. Dalam konteks ini, tidak bermakna, jika kita tahu seseorang muslim itu berbuat salah kita mengiyakan kesalahannya, tetapi apa yang ingin disampaikan ialah, jika seseorang muslim itu pernah melakukan kesilapan atau sesuatu yang boleh memburukkan nama baiknya, dan dia sudah segera kembali ke pangkal jalan, adalah lebih baik kita membantunya untuk berubah menjadi lebih baik dengan memberi sokongan, dorongan dan motivasi sebagai perangsang, dan bukannya bertindak dengan memalukan dia atau cuba menjatuhkan dia. Ingatlah , jika satu jari kita menunding kesalahan pada orang lain, empat jari lagi akan menunding pada kita. Lagi pun, kita siapa untuk menilai orang? Tidak ada sesiapa pun di atas muka bumi ini layak untuk menilai baik buruk manusia lain kecuali Allah. Dan kita harus ingat, tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini.
Kepada mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik, persiapkan diri untuk berubah. Dan sentiasa ingatkan diri untuk berubah menjadi lebih baik bukan semata-mata kerana manusia yang bersifat fana, tetapi berubah lah menjadi yang lebih baik untuk mendapat redha Allah..
Steps to change better.
Are you ready to change?
For me, tips untuk berubah menjadi lebih baik ialah :
1) Mohon keampuanan dari Allah: Masih belum terlambat bagi orang Islam yang ingin berubah menjadi lebih baik. Pintu taubat masih terbuka selagi kita bernyawa. Dan sesungguhnya Allah tidak jemu untuk mendengar kita berdoa , bertaubat dan menangis untuk mengadu pada Dia. Jadi, mohonlah keampunan dari Dia, minta Allah berikan kekuatan untuk kita berubah.
2) Yakin pada perubahan yang ingin dilakukan. Jangan menjadi lalang, yang mudah berubah mengikut arah tiupan angin. Tetapkan lah pendirian, dan fokus pada apa yang ingin kita ubah untuk menjadi lebih baik.
3)Berubah dengan cara perlahan-lahan bukan drastik. Bukan senang berubah jadi baik, banyak dugaan. So, kena perlahan-perlahan. Buat satu persatu-persatu. Jangan tergopoh-gapah.
4) Jangan dengar cakap-cakap orang yang boleh menjatuhkan semangat kita. dan JANGAN DENGAR BISIKAN SYAITAN. Syaitan akan sentiasa berbisik untuk membuatkan iman kita goyah. Sentiasa zikir untuk hilangkan rasa was-was.
5) Doa senjata mukmin. Kita sudah berusaha, jadi berdoalah dan mintalah untuk ditetapkan iman, dan sentiasa tawwaduk. Mintalah, berdoalah kepada Allah kerana Allah sentiasa ada untuk kita, dan tidak pernah jemu untuk membantu kita kerana dia adalah sebaik-baik penolong.
Setiap manusia inginkan yang terbaik dari orang lain untuk kita, tetapi pernahkah kita terfikir adakah kita sendiri terbaik untuk orang lain? fikir-fikirkan lah.. jika kita mahu yang terbaik dari orang lain untuk kita, kita sendiri perlulah berubah dahulu menjadi yang terbaik.
Sedangkan seorang pelacur, pembunuh, kaki judi , pemabuk penzina pun boleh masuk syurga kerana taubat dan perubahannya, mengapa tidak kita? Biar siapa pun kita sebelum ini, jangan jadikan masa lalu penghalang untuk kita berubah menjadi lebih baik. Redha Allah sentisa ada bagi hambaNYA yang ingin bertaubat dan berubah menjadi lebih baik..
So, are you ready to change? to be better than before? pepatah melayu ada cakap, usaha tangga jaya, pepatah arab ada mengatakan man jadda wa jadda, yang bermaksud , sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Good luck, maataufik! Allah yubarik fik ..amin inn shaa Allah.
p/s jika ada kekhilafan, saya mohon maaf. Sesungguhnya yang buruk itu dari kelemahan saya dan yang baik itu hanya dari Allah..
Wassalam..

No comments:
Post a Comment