..

Sunday, 11 September 2011

Jangan buat wanita menangis...

Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira 
air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atas, 
bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di 
bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi. 


kredit to A'an Lemon

2 comments:

  1. "Setitik air mata perempuan yang mengalir
    kerana lelaki yang disayanginya, maka lelaki
    itu akan disebat 100 kali dengan tulang
    rusuk perempuan di akhirat kelak."
    Saya nak tanya lah, secara serius la, kepada
    sesiapa yang pernah share statement di
    atas. Mana kalian ambil statement ini?
    Siapa yang mula-mula keluarkan statement
    ini di Internet? Dari mana rujukan dia? Mana
    hadith sohih yang menyatakan Allah atau
    Rasulullah SAW cerita sedemikian(sebab
    melibatkan akhirat, so mesti datang
    daripada Allah atau Rasulullah SAW)?
    Saya sangat terkilanlah dengan penyebaran
    statement-statement sebegini. Lain kali,
    biasakan diri pegang AMANAH ILMU. Bila
    buat statement sebegini, yang menjanjikan
    azab siksa secara khusus sebegini,
    tunjukkan di mana dalilnya. At least letak di
    belakang statement itu: “Riwayat …..”
    begitu.
    Dan saya yakin, statement di atas do’if atau
    palsu atas dua dalil:
    Pertama - Mengikut kajian terhadap
    perbahasan Hadith, jelas bahawa Perempuan
    bukan diciptakan dari tulang rusuk lelaki.
    Ada hadith riwayat Bukhari(no 4890) yang
    menyatakan bahawa Perempuan diciptakan
    dari tulang rusuk, namun itu hakikatnya
    adalah perumpamaan untuk menyatakan
    perempuan itu ‘lembut’, tidak boleh
    diluruskan dengan ‘kasar’, jika tida ianya
    akan ‘patah’. Ini disokong oleh hadith-hadith
    Riwayat Bukhari yang lain yang tidak
    menyatakan Perempuan diciptakan dari
    tulang rusuk, tetapi menyatakan bahawa
    Perempuan adalah SEPERTI tulang rusuk
    (hadith Bukhari no 4889 dan 1468). Apatah
    lagi, Imam Bukhari tidak menamakan bab
    hadith-hadith itu dengan bab penciptaan
    wanita, tetapi dinamakan dengan nama “Bab
    Berlembut Dengan Wanita Dan Hadith
    Rasulullah SAW: Perempuan Itu Seperti
    Tulang Rusuk.”
    Jadi, bila Perempuan bukan dicipta dari
    rusuk lelaki, maka mana relevannya
    statement lelaki akan dipukul oleh rusuk
    perempuan?
    Kedua - Benda ini nyata rambang.
    Perempuan menangis kerana lelaki yang
    disayanginya, lelaki pula yang kena sebat.
    Sedangkan, kadangkala, perempuan sayang
    seseorang lelaki tanpa lelaki itu tahu. Dan
    kadangkala, perempuan menangis sebab
    rindu lelaki yang disayanginya, menangis
    sebab rasa jauh dengan lelaki yang
    disayanginya, dan banyak lagi sebab yang
    mana lelaki tidak boleh dipersalahkan. Jadi,
    takkan lelaki kena sebat juga?
    Jadi, itu pendapat saya.
    Saya faham bahawa kata-kata ‘Islamik’
    sebegini direka-reka bagi menakutkan, bagi
    lelaki agar lebih menjaga perempuan. Tidak
    merosakkan perempuan. Tidak melukakan
    mereka. Ya, Islam mendidik kita untuk
    memuliakan wanita.
    Tetapi BUKAN DENGAN HADITH PALSU,
    KENYATAAN PALSU, yang tidak berasas!
    Amanah Ilmu itu kena jaga. Dengan
    tersebarnya perkara-perkara sebegini, Islam
    nampak sangatlah jumud. Sangatlah kasar.
    Sangatlah gila. Entah apa-apa, tiba-tiba
    lelaki itu kena sebat di neraka. Sedangkan,
    sebab untuk seseorang perempuan menangis
    kerana lelaki yang disayanginya ada banyak.
    Entah berapa ramai isteri yang menangis
    kerana sayangkan suaminya. Itu kena sebat
    jugakah?
    Jadi nasihat saya, janganlah sebarkan
    statement-statement macam ini.
    Islam itu realistik.

    ***Copy dari Ustat gugel

    ReplyDelete
  2. Sorry rasanya blogger x mentioned lelaki kena sebat pun..huhuhu

    ReplyDelete