Wanita tinggi martabatnya di sisi Islam, sehingga bidadari dari syurga pun mencerembui..
"Jangan jadi wanita seperti bulan yang sering ditatap, tetapi jadilah wanita seperti matahari yang bersinar, yang sinarnya menyilau si Adam agar tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi dilihat dengan mata hati yang ikhlas."
Mengapa wanita selayaknya dihormati? Pertama kerana dia adalah pelengkap tulang rusuk bagi lelaki, yang menjadi pelengkap kepada lelaki untuk dia sentiasa ada disisinya.
Di dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ada berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Di dalam hadis ini menegaskan bahawa wanita selayaknya dihormati dan dikasihi dan jangan sesekali disakiti. Wanita yang dirujuk sebagai isteri adalah pelengkap bagi suami. Hanya lelaki yang budiman sahaja yang layak menjadi pendamping buat si isteri.
Wanita juga selayaknya dihormati kerana hanya wanita sahaja yang mempunyai rahim untuk melahirkan setiap umat di dunia ini. Wanita yang mempunyai rahim juga diibaratkan seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahim anugerah Allah itulah dia mengandung selama 9 bulan. Melalui saat-saat getir ketika melahirkan zuriat,berkorban kasih dan nyawa demi menyambung zuriat untuk suami tercinta..
Lelaki harus ingat betapa besarnya fadhilat bagi wanita yang mengandung.
Melalui petikan dari buku Riwayat Bidadari Syurga,
"apabila seorang wanita hamil, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt akan mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan."
Subhanallah, sayangnya Allah kepada wanita. Jadi,mengapa wanita harus dikasari, harus disakiti.. Benar..wanita banyak kerenahnya, dan wanita juga banyak inginnya, maka jadilah lelaki yang budiman yang sentiasa sabar melayan kerenah isteri, kerana dia sudah banyak berkorban kepada mu, dan kasihkan wanita (isteri) selayaknya, kerana dia juga selayaknya menjadi pendamping mu disaat kamu memerlukan dia..
Wanita juga selayaknya dihormati kerana, wanitalah yang menyediakan segala kelengkapan untuk keluarganya dari segi pakaian, makan dan minuman. Dalam era moden ini, sudah ramai wanita yang berkerjaya tetapi masih mampu menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri. Saya melihat dari pengalam seorang daripada saudara saya. Kerjayanya hebat, sibuk dengan kerja di luar, tetapi sangat besar pengorbanannya kerana tidak pernah mengabaikan keluraga terutama suami dan anak-anak. Walaupun dia punya pembantu rumah, tetapi setiap keperluan makan dan minum suami dan anak-anak tetap diutamakan.. Walaupun penat bekerja, masih lagi mampu membanting tulang untuk menjaga keperluan keluarga. MasyaAllah hebat betul wanita ini, dan yang paling hebat dia masih lagi tidak lupa dan taat pada perintah Allah.Wanita beginilah yang selayaknya dihormati oleh kaum Adam.
Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan api, maka diharamkan muka dan tangannya dari dibakar oleh api neraka. Jika saya merenung bait-bait ayat ini, saya berasa alangkah beruntungnya seorang wanita bergelar isteri. Memberi seteguk air buat suami juga telah dijanjikan pahala dan syurga, apatah lagi jika dirinya cedera ketika menyediakan juadah untuk keluarga?
Bagi wanita yang belum bersuami, jangan gusar. Menyediakan hidangan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa juga dijanjikan syurga. Pokok pangkalnya dalam hati kita, kita lakukan dengan iklhas lillahita'ala..
"Manakala seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'bismillah' maka rezekinya akan diberkati oleh Allah swt" Jadi marilah kita sama-sama merebut 'hadiah' ini kerana ini memang janji Allah.
Allah menjadikan wanita dengan air mata sebagai teman yang paling dekat. Wanita tidak menangis kerana sedih semata-mata, tetapi wanita juga menangis kerana bahagia. Air mata wanita mudah mengalir bukan kerana dia manja, tetapi wanita menangis kerana Allah jadikan hatinya sangat lembut, sehingga dia mudah berasa simpati dan empati yang sangat luar biasa. Adakala wanita hanya menangis di dalam hati, berpura-pura bahagia, semata-mata ingin melihat orang yang disayangi berasa tenang. Namun ada juga wanita yang menangis kerana ingin menzahirkan apa yang tersirat di dalam hatinya. Saya akui saya juga mudah menitiskan air mata. Kerana dengan air mata saya berasa insaf dengan kekhilafan diri. Kerana air mata juga membuatkan saya merasa lebih dekat dengan Allah. Kerana air mata juga menjadikan saya seorang yang rendah hati dan tidak berasa ego dan sombong. Tetapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah bukti kejujuran dan keikhlasan seseorang dan uniknya air mata ini ialah.. ia mengalir hanya untuk orang yang dikasihi. Air mata tidak mudah untuk dititiskan oleh seorang perempuan, tetapi kerana sifat kejadiannya, yang mempunyai rahim, maka air mata itu menjadikan dia seorang yang penyayang.. Hanya lelaki yang budiman dan lembut hatinya sahaja yang mampu mengelap setiap titisan air mata yang mengalir di pipi seorang wanita.
Imam yang baik tidak sekali mengherdik makmumya dengan alasan untuk mendidik. Tetapi imam yang soleh, lebih manis jika mendidik dengan penuh hikmah dan hemah. Makmum itu amanat dan tanggung jawab Dari ALLAH untuk mu. Wahai makmum yang solehah, taat dan patuhlah kepada imam mu selagi dia beriman kepada Allah dan tidak tersasar dari landasan agama Allah. Jadilah isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar dihati imam mu. Rumah tangga yang berkah, ialah rumah tangga yang sentiasa diredhai Allah.
Baik yang sudah berkahwin atau belum, Wanita sememangnya layak dihormati dengan cara yang paling terhormat oleh lelaki. Ingatlah, wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki, bukan dari kakinya untuk berjalan di atas, bukan dari atas kepalanya untuk menjadi degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan disebelah sisinya untuk dikasihi. Bagi sang Adam, andai ada seorang Hawa yang hadir dalam hidup mu, yang masih belum halal untuk mu, hormatilah dia selayaknya. Hargailah dia dengan cara yang paling terhormat,(akad) kerana, jika dia tidak ikhlas mengasihi mu sepenuh hatinya, dia tidak akan hadir dan terus bersabar menunggu mu, melayan setiap kerenah mu, menangis untuk mu dan menitipkan doa disetiap sujudnya. Dan sesungguhnya Allah mengirimkan dia untuk mu sebagai penyuluh buat mu dikala kamu kegelapan. Tegarkah kamu menyakiti dia? sedangkan dia setia mendoakan mu.
Allah mengurniakan kita tiga mata, dua mata untuk melihat yang nampak pada zahirnya, dan satu mata yang tersimpan di dalam hati, untuk melihat kejujuran dan keindahan hatinya.. Jadilah lelaki yang celik ketiga-tiga matanya, agar kamu tidak silap menyesal kemudian, dan jadilah kamu lelaki yang paling budiman untuk meletakkan wanita di tempat selayaknya di sisi mu, agar kedua kamu beringin sama menuju ke jalan Allah. Amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam .
p/s : andai terdapat kesilapan dari mana-mana bahagian penulisan ini, harap dapat dimaafi. sengguhnya yang salah itu dari kekhilafan saya dan yang benar itu dari Allah swt..
Sumber :I Luv Islam, Riwayat bidadari syurga & kotak minda dari Allah.
Sungguh indah dan penuh makna setiap bait kata yang disusun dalam tinta penamu .. terima kasih
ReplyDeleteSyukran saudari Nor Azah Bahrim kerana sudi memberi komen positif da sudi membaca hasil nukilan saya. terima kasih banyak2.. semoga ia bermanfaat utk semua kaum adam & hawa.
Delete