ميفتاهول جاميله
Wahai wanita berusahalah menjadi Miftahul Jamilah di dunia & akhirat.
..
Saturday, 11 February 2017
Walaupun seorang isteri dah tahu solat dan mengaji al-quran, Tetapi kadang2 mungkin solat dan bacaan al-qurannya tidak betul. Makanya mmg tanggungjawab suami untuk mengajar isteri dan anak2 utk membetulkan solat dan bacaannya. Suami sbg IMAM keluarga.. jalanilah tanggungjawab dan jagalah amanah Allah.. LELAKI.. kalau TANGGUNGJAWAB kpd Allah kamu tak mampu nak laksanakan.. jgn berani kamu menikahi perempuan.SIAP SEDIA DAHULU MENJADI IMAM sebelum menikahi perempuan.. Dan makanya untunglah mana2 suami yg dipilih isteri utk menjadi Imam. Jadilah IMAM yg bertanggungjawab.. Yang pergi itu cinta. Yang datang itu jodoh. Cinta boleh pergi tanpa cinta. Tapi yang pasti jodoh hadir bersama cinta.. Insyaallah
Tuesday, 23 July 2013
Hadiah untuk kekasih
Ku hadiah kitab cinta agung sebagai luahan kasih hatiku untuk menjaga mu.
Ku hamparkan sejadah cinta agar terbina jambatan kasih buat kita di siratul mustaqim,
Ku kalungkan seutas tasbih rindu dijemari mu agar kau sentiasa dilandasan Allah..
Tetapi andai di hujung jalan kau melihat aku seperti seseorang yang tiada nilainya sebagai seorang perempuan, dan dengan rasa hina engkau memandangku, aku berdoa agar aku kuat dan tabah menerima 'penghargaan istimewa' yang kau hadiahkan untuk ku di bulan mulia ini. Terima kasih..
~nurhaini falini ahmad~

Bersyukur kita menjadi WANITA
Bersyukurnya kita dilahirkan menjadi seorang wanita
Mengapa seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah??
Ini kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam. Wanita Islam perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita Islam solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam. Berbanggalah menjadi wanita Islam.. andai kita pernah terkulai layu ternoda dengan nikmat dunia yang fana.. cepatlah bangun dan sedar dari kesilapan. Jangan biarkan kelemahan kita menjadi penghalang untuk kita mendidik hati dan akhlak kita menjadi permata di Syurga Allah..
Jika semalam kita tidur, hari ini segeralah bangun.
Jika semalam kita pernah hanyut, hari ini carilah tempat berpaut,
Jika semalam kita berdosa, hari ini segeralah kita bertaubat
Mudah-mudahan di penghujung jalan nanti..
Allah sediakan taufiq, hidayah dan inayah untuk kita yang ingin kembali ke fitrahNYA...
Sesungguhnya kita yang memilih apa yang kita mahu..
Dan sesungguhnya kita juga yang memilih cara bagaimana kita akan pergi..
Dan kitalah jua yang memilih tempat mana yang akan kita tujui selepas kita pergi meninggalkan dunia yang fana ini...
Terampunya dosa kerana adanya rahmat Allah untuk hambaNYA yang ingin bertaubat.. Sehina mana pun seorang wanita, walaupun pernah menjadi pelacur, jika dia memilih jalan yang benar di akhir jalannya.. InsyaAllah.. Syurga Allah akan ada untuknya..
Khas buat semua muslimah yang amat saya sayangi.. tidak ada sesiapa pun yang dapat membantu diri kita melainkan diri kita sendiri..
Marilah kita sama-sama membantu untuk mendidik hati kita dan sama memburu darjat menjadi muslimah solehah yang selamat dunia dan akhirat...
" Kau tidak pernah meminta, tetapi aku tetap memberi.
Kemaafan hanya ada di dalam hati seorang yang ikhlas"
Cik Nurhaini Falini Ahmad
https://www.facebook.com/mizmyhani.hussin
Sunday, 17 March 2013
My Collection :Untuk Kita Pendosa: Harapan Selalu Ada (Hilal Asyraf)
Assalammualaikum semua pembaca blog AMJ. Kali ni AMJ nak intoduce satu buku hasil tulisan Hilal Asyraf. Pada pendapat AMJ, buku ini sesuai buat semua kita semua. Kerana kita semua pendosa, yang tak lari dari melakukan dosa. Dan sampai bila kita ingin merindui dosa tanpa bertaubat. Buku ini memberi keyakinan bagi mereka yang malu dan was-was untuk bertaubat. Tak lupa juga bagi mereka yang kurang keyakinan untuk berubah menjadi lebih baik kerana bimbang dituduh hipokrit. Jom beli kat kedai buku. tak mahal, cuma RM18.00. Kalau ada voucher buku 1 Malaysia, boleh daapt free.. AMJ dah punya senaskah dan dah hadiahkan senaskah lagi buat yang tersayang sebagai tanda saling ingat mengingati.
Sinopsis :Dosa adalah ujian.
Untuk kita para pendosa, terbuka ruang, seluas-luas ruangan. Kemudian, Ingatlah kita kepada pesan Tuhan dalam ayat berturutan:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab. Ini kerana, sesudah itu kamu tidak diberikan pertolongan." Maksud dalam surah Az-Zumar, ayat 54.
Dosa adalah ujian. Mahu pulang ataupun terus dilalaikan.
Kepada yang mahu pulang ke pangkuan Tuhan, buku ini adalah permulaan.
MALAM CINTA RASUL 23 MAC 2013
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hadiah istimewa buat semua muslimin dan muslimat untuk mengisi kekosongan hati. Jom sama-sama memenuhi Dataran Merdeka pada 23 Mac 2013 untuk kita sama-sama merai Malam Cinta Rasul.
Thursday, 24 January 2013
Salam Maulidurrasul
Salam Maulidurrasul buat nabi junjungan mulia kita Nabi Muhammad s.a.w . sempena hari yang mulia ini AMJ mengambil kesempatan untuk kita sama-sama berselawat ke atas Baginda dan para sahabat.
Maulidurrasul tahun ini amat bermakna buat AMJ, mudah-mudahan ALLAH permudahkan urusan ku utk membuat sesuatu yg terbaik utk masa depanku. Semoga ALLAH mengyakinkan aku utk menjadikan dia imamku yg halal dunia dan akhirat.
Wahai calon imamku,Allah telah meyakinkan aku utk melamarmu sbg suami ku dunia dan akhirat.walupun aku bukan semulia Siti Khadijah r.a ,tetapi aku cuba menjadi isteri yang baik dan solehah utk mu wahai calon imam ku..Semoga Allah berkati hubungan kita dan mendapat redha Alah..amin
Wahai calon imamku...
Ku pinang mu dengan sehelai sejadah agar kau dpt menjadi imamku yg halal dunia dan akhirat dan dapat membimbingku ke jalan Allah..Mudah-mudahan kita diberi kesempatan utk bersolat jemaah bersama-sama.Dan aku bersedia menjadi makmum mu yg solehah dunia dan akhirat..
Inn sha Allah

Wednesday, 16 January 2013
Doa Untuk Si Gadis
Jangan bersedih wahai gadis-gadis muslimah..
Jika anda masih sendiri, yakinlah Allah sedang mempersiapkan kamu
dengan seseorang yang terbaik
untuk kamu..
Jagalah hubungan kamu dengan Allah,
inn sha Allah akan permudahkan dan memberkati doa kamu..
Banyak-banyakkan berdoa dan berzikir serta solat sunat..
Mohonlah petunjuk dari Allah.
" Seorang muslimah menyelesaikan masalahnya dengan doa "
Sunday, 23 December 2012
Cemburu itu tanda iman?
Cemburu itu tanda iman jika berasas. Tetapi ia akan menjadi
penyakit hati jika tidak dikawal.Sabda Nabi Muhammad saw
cemburu itu ada dua. Satu disukai Allah dan satu dibenci
Allah. cemburu yg disukai Allah ialah cemburu yg berpunca
dari keraguan dan kegusaran. manakala cemburu yg dibenci
Allah ialah yang bukan datang dari keraguan,yakni cemburu
buta yang tidak berasas.
~Ahmad at- Thabrani dan Al Hakim dari Uqbah bin Amir~
Cemburu juga tanda sayang. Marilah berzikir dan selawat
banyak-banyak, agar cemburu menjadi padang pahala utk
kita dan yg tersayang.

Thursday, 20 December 2012
Mengapa Allah Jarakkan Kita?
Allah sengaja menjarakkan hubungan antara lelaki dengan perempuan bukan mahram yang mempunyai perasaan sayang, kerana Allah mahu menjaga hubungan itu agar tidak tercemar dari dosa. Andai kata kamu pernah melakukannya (dosa) dulu, lalu Allah menjarakkan kamu dengan pasangan kamu, bukan bermakna Allah membenci hubungan itu, tetapi kerana Allah ingin memelihara cinta kamu berdua sehingga halalnya hubungan itu.
Monday, 17 December 2012
Mengapa Wanita Layak Dihormati?
Wanita tinggi martabatnya di sisi Islam, sehingga bidadari dari syurga pun mencerembui..
"Jangan jadi wanita seperti bulan yang sering ditatap, tetapi jadilah wanita seperti matahari yang bersinar, yang sinarnya menyilau si Adam agar tidak mampu dilihat dengan mata kasar, tetapi dilihat dengan mata hati yang ikhlas."
Mengapa wanita selayaknya dihormati? Pertama kerana dia adalah pelengkap tulang rusuk bagi lelaki, yang menjadi pelengkap kepada lelaki untuk dia sentiasa ada disisinya.
Di dalam hadis riwayat Al-Bukhari dan muslim ada berbunyi:
"Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu."
Di dalam hadis ini menegaskan bahawa wanita selayaknya dihormati dan dikasihi dan jangan sesekali disakiti. Wanita yang dirujuk sebagai isteri adalah pelengkap bagi suami. Hanya lelaki yang budiman sahaja yang layak menjadi pendamping buat si isteri.
Wanita juga selayaknya dihormati kerana hanya wanita sahaja yang mempunyai rahim untuk melahirkan setiap umat di dunia ini. Wanita yang mempunyai rahim juga diibaratkan seperti seorang yang penuh dengan kasih sayang. Dengan rahim anugerah Allah itulah dia mengandung selama 9 bulan. Melalui saat-saat getir ketika melahirkan zuriat,berkorban kasih dan nyawa demi menyambung zuriat untuk suami tercinta..
Lelaki harus ingat betapa besarnya fadhilat bagi wanita yang mengandung.
Melalui petikan dari buku Riwayat Bidadari Syurga,
"apabila seorang wanita hamil, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah swt akan mencatat baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan."
Subhanallah, sayangnya Allah kepada wanita. Jadi,mengapa wanita harus dikasari, harus disakiti.. Benar..wanita banyak kerenahnya, dan wanita juga banyak inginnya, maka jadilah lelaki yang budiman yang sentiasa sabar melayan kerenah isteri, kerana dia sudah banyak berkorban kepada mu, dan kasihkan wanita (isteri) selayaknya, kerana dia juga selayaknya menjadi pendamping mu disaat kamu memerlukan dia..
Wanita juga selayaknya dihormati kerana, wanitalah yang menyediakan segala kelengkapan untuk keluarganya dari segi pakaian, makan dan minuman. Dalam era moden ini, sudah ramai wanita yang berkerjaya tetapi masih mampu menjalankan tanggunjawab sebagai seorang isteri. Saya melihat dari pengalam seorang daripada saudara saya. Kerjayanya hebat, sibuk dengan kerja di luar, tetapi sangat besar pengorbanannya kerana tidak pernah mengabaikan keluraga terutama suami dan anak-anak. Walaupun dia punya pembantu rumah, tetapi setiap keperluan makan dan minum suami dan anak-anak tetap diutamakan.. Walaupun penat bekerja, masih lagi mampu membanting tulang untuk menjaga keperluan keluarga. MasyaAllah hebat betul wanita ini, dan yang paling hebat dia masih lagi tidak lupa dan taat pada perintah Allah.Wanita beginilah yang selayaknya dihormati oleh kaum Adam.
Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri di atas dua kakinya dan menyediakan makanan untuk suaminya sehingga muka dan tangannya kepanasan api, maka diharamkan muka dan tangannya dari dibakar oleh api neraka. Jika saya merenung bait-bait ayat ini, saya berasa alangkah beruntungnya seorang wanita bergelar isteri. Memberi seteguk air buat suami juga telah dijanjikan pahala dan syurga, apatah lagi jika dirinya cedera ketika menyediakan juadah untuk keluarga?
Bagi wanita yang belum bersuami, jangan gusar. Menyediakan hidangan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa juga dijanjikan syurga. Pokok pangkalnya dalam hati kita, kita lakukan dengan iklhas lillahita'ala..
"Manakala seorang wanita yang menguli tepung dengan membaca 'bismillah' maka rezekinya akan diberkati oleh Allah swt" Jadi marilah kita sama-sama merebut 'hadiah' ini kerana ini memang janji Allah.
Allah menjadikan wanita dengan air mata sebagai teman yang paling dekat. Wanita tidak menangis kerana sedih semata-mata, tetapi wanita juga menangis kerana bahagia. Air mata wanita mudah mengalir bukan kerana dia manja, tetapi wanita menangis kerana Allah jadikan hatinya sangat lembut, sehingga dia mudah berasa simpati dan empati yang sangat luar biasa. Adakala wanita hanya menangis di dalam hati, berpura-pura bahagia, semata-mata ingin melihat orang yang disayangi berasa tenang. Namun ada juga wanita yang menangis kerana ingin menzahirkan apa yang tersirat di dalam hatinya. Saya akui saya juga mudah menitiskan air mata. Kerana dengan air mata saya berasa insaf dengan kekhilafan diri. Kerana air mata juga membuatkan saya merasa lebih dekat dengan Allah. Kerana air mata juga menjadikan saya seorang yang rendah hati dan tidak berasa ego dan sombong. Tetapi percayalah air mata yang mengalir itu adalah bukti kejujuran dan keikhlasan seseorang dan uniknya air mata ini ialah.. ia mengalir hanya untuk orang yang dikasihi. Air mata tidak mudah untuk dititiskan oleh seorang perempuan, tetapi kerana sifat kejadiannya, yang mempunyai rahim, maka air mata itu menjadikan dia seorang yang penyayang.. Hanya lelaki yang budiman dan lembut hatinya sahaja yang mampu mengelap setiap titisan air mata yang mengalir di pipi seorang wanita.
Imam yang baik tidak sekali mengherdik makmumya dengan alasan untuk mendidik. Tetapi imam yang soleh, lebih manis jika mendidik dengan penuh hikmah dan hemah. Makmum itu amanat dan tanggung jawab Dari ALLAH untuk mu. Wahai makmum yang solehah, taat dan patuhlah kepada imam mu selagi dia beriman kepada Allah dan tidak tersasar dari landasan agama Allah. Jadilah isteri cerdik yang solehah, penyejuk mata, penawar dihati imam mu. Rumah tangga yang berkah, ialah rumah tangga yang sentiasa diredhai Allah.
Baik yang sudah berkahwin atau belum, Wanita sememangnya layak dihormati dengan cara yang paling terhormat oleh lelaki. Ingatlah, wanita datangnya dari tulang rusuk lelaki, bukan dari kakinya untuk berjalan di atas, bukan dari atas kepalanya untuk menjadi degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di bawah lengan untuk dilindungi dan disebelah sisinya untuk dikasihi. Bagi sang Adam, andai ada seorang Hawa yang hadir dalam hidup mu, yang masih belum halal untuk mu, hormatilah dia selayaknya. Hargailah dia dengan cara yang paling terhormat,(akad) kerana, jika dia tidak ikhlas mengasihi mu sepenuh hatinya, dia tidak akan hadir dan terus bersabar menunggu mu, melayan setiap kerenah mu, menangis untuk mu dan menitipkan doa disetiap sujudnya. Dan sesungguhnya Allah mengirimkan dia untuk mu sebagai penyuluh buat mu dikala kamu kegelapan. Tegarkah kamu menyakiti dia? sedangkan dia setia mendoakan mu.
Allah mengurniakan kita tiga mata, dua mata untuk melihat yang nampak pada zahirnya, dan satu mata yang tersimpan di dalam hati, untuk melihat kejujuran dan keindahan hatinya.. Jadilah lelaki yang celik ketiga-tiga matanya, agar kamu tidak silap menyesal kemudian, dan jadilah kamu lelaki yang paling budiman untuk meletakkan wanita di tempat selayaknya di sisi mu, agar kedua kamu beringin sama menuju ke jalan Allah. Amin ya rabbal 'alamin.
Wassalam .
p/s : andai terdapat kesilapan dari mana-mana bahagian penulisan ini, harap dapat dimaafi. sengguhnya yang salah itu dari kekhilafan saya dan yang benar itu dari Allah swt..
Sumber :I Luv Islam, Riwayat bidadari syurga & kotak minda dari Allah.
Sunday, 16 December 2012
Thursday, 13 December 2012
Thursday, 6 December 2012
Tuesday, 4 December 2012
ARE YOU READY TO CHANGE?
Semua orang dalam dunia ni ingin menjadi yang terbaik. Saban tahun bila masuk tahun baru semua orang pasang azam baru. Macam-macam azam kita niat, tapi terlaksanakah azam tersebut? Atau hanya tinggal azam.. atau pepatah Melayu ada umpamakan " hangat-hangat tahi ayam. "
Tetapi dalam kehidupan ni, kita harus berubah.. Berubah untuk menjadi lebih baik. Tetapi persoalannya, bersediakah kita untuk berubah?
Dalan al-quran kitab suci panutan umat Islam ada juga menyentuh perkara mengenai perubahan, iaitu di dalam potongan surah ar-Ra'd ayat 11 yang berbunyi
" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. "
Jadi jelaslah ayat ini mengingatkan kita bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada kita melainkan kita sendiri berkehendak untuk mengubahnya. Dan adalah lebih baik jika perubahan yang ingin kita lakukan itu adalah bertepatan dengan syariat Islam itu sendiri, iaitu berubah menjadi lebih baik.
Berdasarkan potongan ayat dari surah Ar-Ra'd ini, ingin sekali saya mengupas tentang isu di mana kita sebagai manusia gemar menilai kelemahan orang lain, sedangkan kita sendiri tidak pernah berusaha untuk mencari kelemahan diri kita. Adalah lebih baik kita menutup keaiban orang dari membukanya kerana, jangan lupa jika kita membuka aib orang, mungkin pada suatu hari nanti aib kita juga akan dibuka oleh orang lain. Tidak selamanya kita berada di atas, setiap perbuatan itu pasti ada balasan dan ganjaranya tidak kira baik atau buruk.
Dalam hadis riawayat at-Tirmizi dan disahihkan oleh Al-Albani, ada menyebut bahawa " sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat."
Begitu indah Islam itu, dengan hanya menutup dan menyembunyi keaiban orang sahaja kita turut dipandang mulia oleh Allah. Dalam konteks ini, tidak bermakna, jika kita tahu seseorang muslim itu berbuat salah kita mengiyakan kesalahannya, tetapi apa yang ingin disampaikan ialah, jika seseorang muslim itu pernah melakukan kesilapan atau sesuatu yang boleh memburukkan nama baiknya, dan dia sudah segera kembali ke pangkal jalan, adalah lebih baik kita membantunya untuk berubah menjadi lebih baik dengan memberi sokongan, dorongan dan motivasi sebagai perangsang, dan bukannya bertindak dengan memalukan dia atau cuba menjatuhkan dia. Ingatlah , jika satu jari kita menunding kesalahan pada orang lain, empat jari lagi akan menunding pada kita. Lagi pun, kita siapa untuk menilai orang? Tidak ada sesiapa pun di atas muka bumi ini layak untuk menilai baik buruk manusia lain kecuali Allah. Dan kita harus ingat, tidak ada manusia yang sempurna di muka bumi Allah ini.
Kepada mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik, persiapkan diri untuk berubah. Dan sentiasa ingatkan diri untuk berubah menjadi lebih baik bukan semata-mata kerana manusia yang bersifat fana, tetapi berubah lah menjadi yang lebih baik untuk mendapat redha Allah..
Steps to change better.
Are you ready to change?
For me, tips untuk berubah menjadi lebih baik ialah :
1) Mohon keampuanan dari Allah: Masih belum terlambat bagi orang Islam yang ingin berubah menjadi lebih baik. Pintu taubat masih terbuka selagi kita bernyawa. Dan sesungguhnya Allah tidak jemu untuk mendengar kita berdoa , bertaubat dan menangis untuk mengadu pada Dia. Jadi, mohonlah keampunan dari Dia, minta Allah berikan kekuatan untuk kita berubah.
2) Yakin pada perubahan yang ingin dilakukan. Jangan menjadi lalang, yang mudah berubah mengikut arah tiupan angin. Tetapkan lah pendirian, dan fokus pada apa yang ingin kita ubah untuk menjadi lebih baik.
3)Berubah dengan cara perlahan-lahan bukan drastik. Bukan senang berubah jadi baik, banyak dugaan. So, kena perlahan-perlahan. Buat satu persatu-persatu. Jangan tergopoh-gapah.
4) Jangan dengar cakap-cakap orang yang boleh menjatuhkan semangat kita. dan JANGAN DENGAR BISIKAN SYAITAN. Syaitan akan sentiasa berbisik untuk membuatkan iman kita goyah. Sentiasa zikir untuk hilangkan rasa was-was.
5) Doa senjata mukmin. Kita sudah berusaha, jadi berdoalah dan mintalah untuk ditetapkan iman, dan sentiasa tawwaduk. Mintalah, berdoalah kepada Allah kerana Allah sentiasa ada untuk kita, dan tidak pernah jemu untuk membantu kita kerana dia adalah sebaik-baik penolong.
Setiap manusia inginkan yang terbaik dari orang lain untuk kita, tetapi pernahkah kita terfikir adakah kita sendiri terbaik untuk orang lain? fikir-fikirkan lah.. jika kita mahu yang terbaik dari orang lain untuk kita, kita sendiri perlulah berubah dahulu menjadi yang terbaik.
Sedangkan seorang pelacur, pembunuh, kaki judi , pemabuk penzina pun boleh masuk syurga kerana taubat dan perubahannya, mengapa tidak kita? Biar siapa pun kita sebelum ini, jangan jadikan masa lalu penghalang untuk kita berubah menjadi lebih baik. Redha Allah sentisa ada bagi hambaNYA yang ingin bertaubat dan berubah menjadi lebih baik..
So, are you ready to change? to be better than before? pepatah melayu ada cakap, usaha tangga jaya, pepatah arab ada mengatakan man jadda wa jadda, yang bermaksud , sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya. Good luck, maataufik! Allah yubarik fik ..amin inn shaa Allah.
p/s jika ada kekhilafan, saya mohon maaf. Sesungguhnya yang buruk itu dari kelemahan saya dan yang baik itu hanya dari Allah..
Wassalam..

Monday, 3 December 2012
رهسيا چينچين د جاري مانيس Rahsia cincin di jari manis
جاري مانيس، تمڤق چنتيق باڬي سأورڠ ڤرمڤوان بيلا دكناكن دڠن سبنتوق چينچين.. لبيه مانيس جك سي ڤماكايڽ برڬلر استري. مندالم ڤڠرتينڽ. بق كات ڤڤته ايڠڬريس، ءڤرسونل توچهء..
چينچين د جاري مانيس بوكن سهاج مانيس دليهت، تتاڤي جوڬ سباڬاي لامبڠ ستاتوس سأورڠ ڤرمڤوان. جك دڤاكاي د جاري كيري، كات اورڠ توا-توا، ڤرمڤوان ترسبوت ده جادي تونڠن اورڠ اتاو سوده دميليكي هاتيڽ. جك د ساروڠ د جاري كانن، برارتي ده جادي وانيتا حلال اونتوق سواميڽ. بڬيتوله ڤڠرتين رهسيا چينچين د جاري مانيس.. جك ديڬڠڬم سڤولوه جاري كيت، دان ليكوقكن ك دالم كدوا جاري تڠه دان جاري لاين يڠ ساليڠ برتمو ايت دلڤسكن..اڤ يڠ داڤت كيت ليهت؟؟ كدوا جاري مانيس ايت ساليڠ ملكت دان تيدق برڤيسه.. ايتله سيمبوليق كقواتن جاري مانيس، دري سيتو له كيت بوليه
ليهت، بهاوا هوبوڠن سوامي استري ايت اداله ساليڠ لڠكڤ ملڠاكڤي..
Rahsia cincin di jari manis.
Jari manis, tampak cantik bagi seorang perempuan bila dikenakan dengan sebentuk cincin.. Lebih manis jika si pemakainya bergelar isteri. Mendalam pengertiannya. Bak kata pepatah inggeris, 'personal touch'..
Cincin di jari manis bukan sahaja manis dilihat, tetapi juga sebagai lambang status seorang perempuan. Jika dipakai di jari kiri, kata orang tua-tua, perempuan tersebut dah jadi tunangan orang atau sudah dimiliki hatinya. Jika di sarung di jari kanan, bererti dah jadi wanita halal untuk suaminya. Begitulah pengertian rahsia cincin di jari manis.. jika digenggam sepuluh jari kita, dan lekukkan ke dalam kedua jari tengah dan jari lain yang saling bertemu itu dilepaskan..Apa yang dapat kita lihat?? kedua jari manis itu saling melekat dan tidak berpisah.. itulah simbolik kekuatan jari manis, dari situ lah kita boleh lihat, bahawa hubungan suami isteri itu adalah saling lengkap melengakapi..
Sunday, 2 December 2012
Miftahul Jamilah
جك دايذينكن الله،
اكو ايڠين منجادي يڠ حلال اونتوق مو د دنيا دان اخيرة.
دان اكو جوڬ ايڠين منجادي ميفتاهول جاميله
اونتوق مو د سڤنجڠ هيدوڤ كو.
~ مايهاني حسين ~
|
Antara Sempurna dan Terbaik
Aku tertarik dengan drama "CINTA HALAL" lakonan Fahrin Ahmad dan Nur Fathia.. Satu scene yang melekat dalam hati aku, sewaktu Fahrin berdoa selepas selesai menunaikan ibadat solat di ruang pejabatnya.. Dia berdoa minta petunjuk dari Allah untuk beri yang terbaik. Itu perkara biasa.. Tetapi yang betul-betul terkesan dalam hati aku, bila dia memohon ampun dari Allah kerana sikap buruknya selama ini, yang sentiasa merasa diri sempurna dan ingin menginginkan kesempurnaan dalam hidup...
Bukan fasal Fahrin yang aku ingin bicarakan tetapi soal diri aku yang ingin aku ungkapkan buat renungan dan pedoman diri..
Kadang-kadang kita menjadi manusia yang tidak tau bersyukur..
Bersyukur tak semestinya bila dah kaya.. Dapat bangun dari tidur pun sepatutnya harus bersyukur, sebab masih boleh bernafas, masih lagi diberi kesempatan untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam.
Manusia tak sempurna, semua orang tahu itu, tetapi masih ada yang buat-buat tak tahu.. Manusia hanya pandai cakap tapi tak pandai nak kotakan.. Aku mengaku, aku tak sempurna.. dan memang tidak akan pernah menjadi sempurna, tetapi aku cuba untuk buat menjadi yang terbaik untuk diri aku, dan juga untuk orang lain..Tetapi satu kelemahan aku, aku lebih pentingkan kepentingan orang lain dari kepentingan diri sendiri. Tak perlu aku war-war kan apa yang telah aku buat untuk orang lain. Cukuplah hanya Allah yang tahu. Aku tak minta untuk dibalas setiap pengorbanan aku, tetapi cukuplah kalau aku diingati dengan kasih sayang.. Ya Allah, dari kecil sampai lah sekarang aku masih lagi tercari-cari di mana tempat untuk aku menumpang kasih selain Mu ya Allah..
Alhamdulillah.. Engkau telah menemukan aku dengan seseorang. Seseorang yang berjaya membuka pintu hati aku.Alhamdulillah juga sehingga ke hari ini, kami masih lagi bertahan..dan aku tetap akan bertahan..walaupun banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuh.. Tetapi aku percaya, Kau kirimkan dia untuk aku menjadi lebih baik dan menjadikan dia lebih merasa gembira.
Ya Allah, aku tidak punya siapa-siapa pun kecuali Engkau ya Allah.. Kau kuatkanlah hati aku dan kau berikanlah kesabaran yang tiada terbatas untuk aku terus bersama dia.. Aku mengaku dia memang tidak sempurna, tetapi dia lah yang terbaik untuk aku, dan aku bersyukur kepada Mu kerana Engkau masih lagi memberi kesempatan kepada kami untuk saling faham memahami dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain walaupun tidak dinafikan, dugaannya terlalu banyak, dan aku juga telah berjanji pada Mu ya Allah di awal perkenalan kami, untuk menerima dia seadanya, baik mahupun sebaliknya.. Aku tidak sempurna, tetapi aku mohon untuk manjadi yang terbaik untuk dia dan yang paling aku inginkan dari Mu ya Allah.. agar aku dipilih oleh Mu untuk menjadi yang halal baginya dunia & akhirat dengan izin dan berkat Mu ya Allah.
Buat dia yang aku sayang, " Hani memang tak mampu untuk menjadi yang sempurna untuk Sayang, tetapi hani cuba untuk menjadi yang terbaik dan ingin menjadi yang halal untuk Sayang dunia & akhirat.. Tidak ada apa-apa yang boleh Hani beri melainkan menjadi seorang makmum yang halal, yang taat dan setia pada imamnya selagi nafas ini tidak berhenti." Amin Ya rabbal a'lamin..
Peringatan untuk diri sendiri, janganlah pernah berhenti untuk berbuat baik kepada siapa pun..Jangan pernah berputus asa mempertahankan apa yang terbaik untuk diri sendiri, dan jangan pernah mengalah sebelum tewas.. Hanya orang yang berusaha sahaja yang akan mencapai kejayaan..Inn Shaa Allah jika niat kita betul, Allah pasti permudahkan.. Jangan pernah berharap untuk mendapat yang sempurna kalau diri kita belum cukup sempurna..Jika tidak mampu untuk menjadi sempurna, berjuanglah untuk menjadi yang terbaik. Itu lebih baik dari mengalah. Biarlah apa orang kata.. Hanya Allah tahu siapa kita, apa nawaitu kita. Berkat Allah adalah segalanya berbanding cakap-cakap orang yang hanya mampu melunturkan semangat dan perjuangan kita...
~ Hilang Kisah Tika Ini ~
Saturday, 1 December 2012
Yang kita fikir..
Kita selalu fikir, bila kita tolong orang, orang akan
tolong kita balik..
Bila kita jaga orang, orang akan jaga kita
balik..
GOOD,.sebab kita b'fikir positif..
Tetapi bila di saat kita memang
perlukan pertolongan dan perlukan penjagaan..
Kita akan terfikir semula, hanya
Allah adalah sebaik-baik pertolongan dan sebaik-baik penjaga ..
Dialah yang tak pernah
jemu utk menolong dan menjaga kita wpun kdg2 kita lupa Dia.
Apalah ada pada manusia?
yang selalu menjadikan kekhilafan sebagai alasan untuk mungkir janji, dan tidak pernah setia.
Kadang-kadang kita juga terlalu sombong dan tidak pernah bersyukur dengan orang yang sentiasa menjaga kita.. Untuk peringatan diri sendiri tatkala terasa disisih, "INGATLAH , MATI NANTI PUN KITA SORANG2 JUGAK DALAM KUBUR. " tak perlu harap simpati orang, kerana belum tentu dia ikhlas, tetapi berharaplah pada Allah, itu sudah pasti DIA akan sentiasa ada untuk kita.
Isteri cerdik yang solehah
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran
Di rumah dia isteri, di jalanan kawan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa, dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Silap kita, dia betulkan
Penghibur di waktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Tuesday, 22 November 2011
Monday, 14 November 2011
Jika ia sebuah cinta..
Jika ia sebuah cinta… ia tidak mendengar… namun sentiasa bergetar.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak buta namun sentiasa melihat dan merasa.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak menyeksa namun sentiasa menguji.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak memaksa namun sentiasa berusaha.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak cantik namun sentiasa menarik.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak datang dengan kata-kata namun sentiasa menghampiri dengan hati.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak terucap dengan kata namun sentiasa hadir dengan sinar mata.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hanya berjanji.. namun sentiasa cuba memenangi.
Jika ia sebuah cinta... ia mungkin tidak suci.. namun sentiasa harmoni.
Jika ia sebuah cinta... ia tidak hadir kerana permintaan namun hadir kerana ketentuan.
Jika ia sebuah cinta… ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan… namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan.
Cinta sejati menerima apa adanya, mendengar apa yangg tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan… Dimana dia datang dari lubuk hati yang paling dalam…
Tuesday, 11 October 2011
Kecantikan lelaki & kegagahan wanita
-Kecantikan Lelaki-
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang ummi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
-Kegagahan Wanita-
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... .

Sunday, 11 September 2011
Jangan buat wanita menangis...
Berhati-hatilah jika kamu membuatkan seorang wanita menangis, kerana Allah (swt) mengira
air matanya. Wanita datang dari tulang rusuk lelaki, tidak dari kakinya untuk berjalan di atas,
bukan dari kepalanya untuk menjadi lebih degil, tetapi dari sisinya untuk menjadi sama, di
bawah lengan untuk dilindungi dan di sebelah sisi hatinya untuk disayangi.
kredit to A'an Lemon

Saturday, 10 September 2011
Doa Senjata Bagi Orang Mukmin
" Doa itu senjata bagi orang yang beriman dan tiang agama serta cahaya langit dan bumi" (HR Hakim & Abu Ya'la)
Sumber: Buku Amalan & Doa2 Makbul Dalam Kehidupan Seharian : DRS.Miftah Faridi:Al SHAFA:4
Sebab-sebab doa tidak dimakbulkan
Sebagai hamba Allah yg beriman dan bertakwa, kita selalu berdoa kpd Allah. Ini kerana doa adalah senjata mukminin...namun adakalanya kita merasakan doa kita tidak diperkenankan oleh Allah..Ada beberapa sebab mengapa doa tidak dimakbulkan...
1. Belum sampai waktunya:
Setiap hamba Allah hendaklah selalu berdoa kpd Allah dgn penuh kusyuk dan harap. Janganlah seseorag itu merasa tidak sabar apabila doanya tidak dikabulkan krn mungkin belum sampai waktunya doanya diperkenankan..Jika ia bersabar dan mengharap Tuhannya,insyaAllah doanya akan dimakbulkan.
2. Kerana tidak baik bagi yang berdoa:
Maksudnya; "Barangkali kamu membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (An-Nisa' :19)
3. Ujian dari Allah.
4. Ditangguhkan sebagai bekalan pahala di akhirat.
Jadi, jgn putus asa, teruskan berdoa dan jangan berburuk sangka pada Allah.
Sumber: Buku Amalan & Doa2 Makbul Dalam Kehidupan Seharian : DRS.Miftah Faridi:Al SHAFA:39

DUHAI LELAKI PENGHIAS MATA DAN HATIKU
Tak akan pernah berkurang rasa ini padamu,kerana disini di hati ini kaulah yang terindah.
Aku tau diri ini tak jelita dan tak se cerdas Aisyah,apalagi setaqwa Khadijah.
Namun sungguh ku akan mencintaimu seperti mereka,cinta yang terbingkai atas nama~NYA
Begitulah Cinta
Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.
Saturday, 27 August 2011
KEMANISAN IMAN...
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Thursday, 25 August 2011
KITAB CINTA
Dengan membaca al-quran hati menjadi senang &
tenang.Maka jadilah ia sebagai pendamping setia anda,
agar sentiasa mendapat ketenangan dari Allah
Sesungguhnya sebaik-baik penawar ,
adalah huruf-huruf yang terpatri di setiap helaian kitab Allah
Wallahu'alam...
Sunday, 21 August 2011
Muslimah itu anugerah terindah dunia..
Muslimah itu anugerah terindah dunia.
Ia lembut tapi tidak lemah,
mempesona tapi tetap bersahaja.
Ia tahu bagaimana menjaga izzah dirinya,
Ia mengerti bagaimana menjaga akhlak & kemuliannya.
Itulah yang membuatnya istimewa dibandingkan wanita lainnya.
Ilmunya telah mengangkatnya menjadi permata terindah di dunia.
Thursday, 18 August 2011
Cinta tak bersyarat...
Jika kita bisa mencintai
dengan tulus, tanpa syarat,
seharunya tiidak perlu ada yang harus dikorbankn.
Karena mengorbankan kebahagiaan orang lain bukanlah cinta.
Allah telah memberikan anugerah yang luar biasa kepada kita, yaitu cinta. Namun sejatinya, seperti
Allah yang rela membahagikanya kepada kita, seharusnya kita pun rela membagikan kepada siapapun.
Ya, kepada siapa saja. Karena cinta tidak akan pernah habis.

Taffakur
Allah maha besar
Sejauh-jauh mata memandang
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Sedalam-dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian
Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk
Melukis indahmu
Melihat bintang alangkah jauhnya
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan melihat gunung
Siapa menjagamu
Mendengar tangis dalam deritamu
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini ‘kan mengadu
Bumi akan sepi
Bangga sementara
Adakah tempat kembali
Adakah selain Allah
Adakah tempat kembali
Adakah selain Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)